Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Monday, March 21, 2011

E Pepet dan E Taling

korang tau tak bunyi 'e' ada 2?
aku yakin korang tau.
cumanya mungkin tak tau yg mana satu.

bunyi 'e' ada 2 satu 'e' pepet dan
satu lagi bunyi 'e' taling.

contoh :
'e-kor' = 'e' taling
'e-nam' = 'e' pepet

amacam??? sudah faham?
teringat ada member sebut Hikayat Merong Mahawangsa tu gini
Hikayat May-rong Mahawangsa.
salah pronounciation la.

Me-rong = 'e' pepet
bukan
May-rong = 'e' taling

Wallahualam. Sekian.


Sunday, February 6, 2011

KakTin Gembira bila Berjaya Download YouTube Video. Heh.

taula cuti CNY kaktin tak kemana².
hanya keluar gitu² jer cari makan or window shopping.
smlm dok sesaja ter google 'how to download youtube video'.
pastu termendarat kat SINI.
pastu godek pi godek mai.
yesss! kaktin berjaya.

so apalaga, mulalah aktiviti mendonlod
segala jenis video clips.
dari muzik video ke klip-klip video johan n zizan.
pastu terus convert kasi masuk iPhone.
bebila rasa bosan, leh la layan tanpa buffer.
hiks. kaktin sgt gembira...gembira...lalalala.




kalau layan dekat iPad lagi bes kot no.
alasan. alasan.

Friday, November 26, 2010

Plan Asal ke HAJRA, End Up di ARIANI


ini cerita hari rabu.
bertrio dgn kkwn opis ke jalan tar sana.
dil to pagal berkokok nak cari tudung.
dia mintak aku teman kan ke butik hajra.
katanya dia berkenan dgn one of mine yg dibeli aritu.

dengan berbekalkan amaran 'jgn lambat'
dari kak m'lah, kami pun memulakan operasi membelek
tudung di butik hajra.
korang taula kan kak m'lah tu sentiasa berselera gorgon
bila nak makan.
pasti meroyan, kalau kuar lunch tapi tak sempat makan.

sudahnya tiada hasil di hajra.
jom, gi ariani plak.
5 minit jerrrr...kata aku!


:: dil to pagal ::

melangkah jer masuk di ariani,
makkkkk ada offer up to 70%.
tudung pelangi plak tu.
oh no, mmg org mengantuk di sorongkan bantal la.
dil to pagal pun, memulakan operasi mencari.
katanya 5min. podaaaah....terus ilang ingatan.


:: pos pos ari khamis ::

dil to pagal dpt 4 helai, aku 3helai.
fuh, tarik napas lepas.
tarik lepas. taaarrrriiikkkk tahan jangan lepas. heh.
bes bes.
kak m'lah dah membebel.
pastilah dia melapar.
zassss ke insaf.
stret order, stret makan, stret pulang.
sudahnyer semua pakat semput.
sekian.



:: pos pos arini ::


Thursday, November 11, 2010

Gadget 'Baru' KakTin



alaaaa aku tau, ramai nak tau menatang gadget 'baru' aku tu kan.
kehkehkeh...feel2 artis la plak kau.
motipppp????
yer yer mohla kita jamu mata jom.
dah tak koser nak ghosia-ghosia.

yer bener.
ianya ialah seketul netbook.
bertajuk DELL Inspiron Mini.
berwarna hijau lemonade gitu.

yer bener juga.
ia bukan model baru yer kkwn.
ia adalah hasil jualan dari seorg teman
sepejabat.
dan oleh kerana ia milik teman sepejabat jugakla,
ada lagi 2 org teman sepejabat lain yg begitu
menjeles dgn urusniaga ini.
harga yg ditawarkan boleh dikatakan separuh harga
dari harga sebenar setahun yg lalu.
kiranya off 50% gitula.
pada aku ok ok la kot.
dah confirm n try test dah pun pakai
guna wi-fi kat umah.
bayarnya belum. kata tuan punya
netbook, boleh wat easy installment.
yeayyyy!!!

skang kaktin sudah punya netbook.
walaupun ia bukan dari keturunan buah epal,
cuma kaler buah epal hijau jer.
namun begitu, rasa bersyukur rahmat,
bukan rahmat mega tetap menebal di dalam hati.
Alhamdulillah....



:: macam berjodoh beg n lappy ::
:: tingat entry ini ::








:: DELL inspiron mini ::



best..best....





Monday, November 8, 2010

JUBLI EMAS : Bunga Raya Bunga Kebangsaan


Agong lancar sambutan 50 tahun Bunga Raya Bunga Kebangsaan 2010/09/30

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin, hari ini berkenan melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini. Sempena sambutan itu, wang syiling khas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara serta lagu tema Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara turut dilancarkan.

Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata, sambutan 50 tahun bunga raya sebagai bunga kebangsaan itu diharap dapat mendidik dan mendekatkan generasi muda terhadap satu daripada lambang kemegahan negara yang menjadi signifikan pemersatuan rakyat, inspirasi dalam membentuk identiti negara, kemuliaan dan kegemilangan negara. Beliau berkata, ia juga diharap dapat menyedarkan golongan tertentu supaya terus menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan. "Dewasa ini status dan kepentingan Bunga Raya semakin terpinggir. Malah ramai di kalangan generasi muda dan lama yang tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya sebagai bunga kebangsaan," katanya. Rais berkata, bagi menyemarakkan sambutan itu, kerajaan-kerajaan negeri juga akan meneruskan sambutan meraikan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di negeri masing-masing. Sebagai tanda penghargaan, beliau berkata, setiap negeri akan menerima cenderamata bahan-bahan promosi mengenai Bunga Raya, antaranya cakera padat lagu bunga raya, pin serta buku yang akan digunakan ketika sambutan di negeri berkenaan. Menyorot kembali sejarah terpilihnya Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, Rais berkata, ia diumumkan Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman pada 28 Julai 1960. Katanya, bunga itu dipilih kerana warna merahnya yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta simbol keberanian, manakala lima kelopaknya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi salah satu elemen perpaduan negara serta membentuk masyarakat yang adil dan saksama. "Ia juga digunakan sebagai lambang kemegahan negara dengan menjadikannya simbol pada logo-logo, lencana, bendera, setem, medal polis dan turut diterjemahkan dalam wang kertas dan syiling Malaysia," kata Rais. - BERNAMA

eceh, kekonon nak sahut seruan jubli emas ni la.
kaktin pos pos klip seperti dlm gambar.
berkebetulan plak, si ghaz kasi kaktin brooch
bunga raya silver yg melethop.
so boleh la di padankan dengan klip bunga raya berkenaan.



:: standard memoyo ::


:: cantik tak ? ::



:: apa eh org panggil ni, klip ker? ::



Saturday, November 6, 2010

PC KakTin Bermasakelah...haihhhh

lately ni, aktiviti blogging kaktin agak terganggu.
manataknya, elok jer dok belek² pic...
tiba² lupppp....blank...hitam....
pehtu naik skrin kaler biru.
aiyarrrkkk...dah bnyk kali dah jadi gini.
sapa terror, tolong kasi suggestion apa kaktin
perlu buat selain beli yg baru. heh.



:: after a few times off, on balik ok plak ::



blogger-emoticon.blogspot.com adeh.....