Sunday, December 26, 2010

MAS vs INA : Piala Suzuki AFF 2010 - First Leg

keputusan perlawanan di atas :-

MAS 3 : INA 0.

Syabas Malaysia.
boleh la dikatakan maruah kita sudah ditebus.
walaupun terjadi insiden² di mana
penjaga gol indon yg propah si markus
tidak berpuas ati bila dirinya di suluh² oleh
cahaya hijau laser sehingga permainan terpaksa
dihentikan kurang lebih 5min.
lepas jer dari insiden tu, terus harimau malaya mengaum
auuummmm....

gol-gol malaysia dijaringkan oleh safee sali (2 gol) dan ashari.
kita nantikan pula second leg di jakarta nanti yer.
go malaysia go!

Saturday, December 18, 2010

Tahniah Malaysia. Terima Kasih Khairul Fahmi.


dengan berakhirnya perlawanan second leg MAS vs VIE tadi,
maka dengan ini Malaysia berjaya melangkah ke final
untuk merebut Piala AFF Suzuki 2010.

walaupun seri 0 - 0 pada perlawanan tadi,
pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia,
Khairul Fahmi Che Mat.
dia memang hebat la! itu jer yg kaktin leh kata.
rasanya dia jer diuji tadi, gollie vietnam dok diam jer.
ishk ishk ishk....heh.

kaktin mengharap sebiji gol dpt disumbat di akhir minit.
tapi takdosedih. walhal vietnam bermain dengan 10 org.
sorang pemainnya kena kuar padang due to kompol 2 kad kuning.
harap-harap masa main final sok, Malaysia akan improve
in term of passing bola bagi lekat kat kaki dan
kawalan bola semasa berada di dalam kotak penalti pihak lawan.
chewaaahhh dah feel² shebby dah kaktin nih. hikssengihnampakgigi .
apa pun...Chaiyok! Chaiyok!

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Separuh Akhir Pertama MAS vs VIE

tahniah malaysia kerana berjaya menewaskan vietnam
dalam perlawanan separuh akhir pertama di bukit jalil
piala aff suzuki 2010 dengan kedudukan 2 - 0.

gol² malaysia dijaringkan oleh safee sali dalam minit ke-62 dan 79.
pujian harus diberikan kepada pemain² malaysia
dengan aksi² yang menarik.

nantikan perlawanan separuh akhir kedua di vietnam pada 18hb nanti.
TAHNIAH dan GOOD LUCK MALAYSIA.
semoga kita boleh masuk FINAL!

blogger-emoticon.blogspot.com

Maafkan Ibu :(


ini jer yg mampu ibu masak untuk kalian malam ni.
ibu tak boleh fokus.
blogger-emoticon.blogspot.com
mainan jiwa dan perasaan.
adakah Malaysia mampu mengatasi Vietnam?
huhuhu sama-samalah kita tengok perlawanan
separuh akhir pertama piala AFF 2010
antara MAS vs VIE pada malam ni yersengihnampakgigi.

Sunday, December 12, 2010

Siapa Ramzul?

hah siapa ramzul?
tula, memula aku pun tak pasti.
siapakah ramzul yg hebat diperkatakan semasa
pertandingan akhir bolasepak piala emas raja-raja smlm.
boleh dikatakan setiap ayat pengulas, pasti terselit nama beliau.
oooo rupanya beliau striker pasukan Kelantan.

makanya kaktin pun gigih la nak tengok rupaparas dia.
oooo patutla. hensemsengihnampakgigi.
tapi memang bingit gakla tinger.
kenapa eh, asal star jer mesti hensem?
ok berbalik pada siapa ramzul nih.
asik asik ramzul. asik asik ramzul.
masakelahnya, kot yer star naper tak sumbat gol
pun sehinggalah beliau dikeluarkan pada
minit berapa tah tak ingat.
tupun, pengulas masih memetik² nama beliau.
boleh tak, lengkali pengulas be fair to everybody.
petikla nama pemain yang lain sama.
sentappp ooo kalau diorg tau nama diorg tak disebut.
walhal main sama-sama penat. *ok emosi*

keputusan perlawanan Kelantan vs Kedah =
4 - 3 alaa tendangan penalti pun.
takderla gah nar. hahaha kaktin sakit ati senarnya.
90min pertama seri 0 - 0, tambahan masa 30min pun
masih 0 - 0. Kedah kalau sepak penalti memang BALAQ!
huhuhuhu....



:: muhammad ramzul zahini adenan ::
*ehsan dari fb beliau kenyit*


Tuesday, December 7, 2010

Tahniah Malaysia. Terima Kasih Indonesia.

Piala AFF 2010, menyaksikan tadi Malaysia membelasah Laos dengan kedudukan 5 -1.
gol-gol Malaysia dijaringkan oleh antaranya Norshahrul Idlan dan juga Amirulhadi.
gol terakhir Malaysia merupakan gol sendiri yg dijaringkan oleh pemain Laos.

dengan berakhirnya pertemuan tadi, makanya Malaysia layak ke separuh akhir,
memandangkan Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1.
Tahniah Malaysia. Terima Kasih Indonesia kenyit .

Saturday, December 4, 2010

NGANGKUNG : Terbaeekkklah!




:: i like sam! ::

Alhamdulillah.
memang tak sesiala kaktin.
membuat pilihan menonton filem Ngangkung nih.
mula tu, mmg mcm ketakotan gakla takut filem ni
pun tehapa mcm jangan pandang belakang congkak 2.
tapi, bila menontonnya KELLESSSS!

balik opis, lepak-lepak sat
sesambil kemas² apa patut.
tepat kul 8pm zassss kuar umah.
fatihah tinggai sama en.nahar.
5min dah sampai pyramid.
parking pun tak susah terus masuk.

terus tuju kaunter tiket.
tiket dah book n bayar pun online so sonang keje.
amik tiket pehtu terus gi makan kat burger king.
wonder why naper burger king dah tak sesedap dulu.
dahla dah takleh refill soft drink, cili sos dia pun dah out.
dulu, cili sos dia la antara faktor aku jejak burger king.
errrmmm.....



:: muka tak puas ati, sos tak sedapbusuk ::


setel makan jenjalan japs.
nak dekat krismas kan, harusla rata-rata pun deco krismas.


:: smilesengihnampakgigi ::




yg penting singgah machines.
test iPad. uuiii aaaiii i like!
tapi achudida sudah racun,
katanya dari beli iPad baiklah beli laptop.
alahai achu, hang tak tau ke orgasma an iPad itu.
takpa takpa, kita tggu.
if bonus taun ni menjadi, mak mesti up satu itu iPad.


:: nak cangkung, bukan ngangkung ::


dan, masanya pun tiba.
pas beli popcorn lebih kurang dpt la masuk panggung.
iklan pun kejap jer. syabbass pihak pengurusan tgv pyramid.


:: sarah aaliyah share seat, jimatkenyit ::

kelakar wei citer ngangkung.
every scene kalau tak kelakar, pasti ada pengajaran.
yg penting shaheizy sam mmg akan kekal sbg pelakon terbaik
lelaki di hati kaktin. i love u sam!
selain watak sam, watak si tasnim (azad jasmin) dan wan (angah rajalawak)
pun mmg kelakar.
every scene kelakar mmg fresh.
lan petpet, azli, eira syazira semua pun best!
syabas kepada pengarah ngangkung.

abis nonton sekitar jam 11malam.
nasib baik ramai lagi makhluk merata-rata.
seram la plak. huhuhu.
kaktin akhiri malam itu dengan merempit
bersama dua biji keta di atas npe.
satu skyline satu waja bikin.
tapi of course la kaktin tak lepas pun. hahahaha.
sekian.

Maksud Ngangkung mengikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ia bermakna duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja. ----> sumber murai.com.my

Tuesday, November 30, 2010

Rezeki Aku bila Kecewa :( :)



last friday lunch hour.
berjanji setia dengan seseorg mau ketemu di MidV sana.
sudahnya janji tinggal janji.
sedeysedih .
tapi niat ke MidV tetap jalan.
dalam palaotak mau makan sesuatu.
agak mengidam laaaa.

so, plan diteruskan dengan adiktiri kesayangan.
tema baju beliau pada hari kejadian bunga-bunga.
memandangkan beliau ada agenda lain di petang hari.

pada mulanya rezeki kami dpt parking di da gardens.
pusing punya pusing, sekejapan ada satu MPV kuar.
lot parking tu mmg dokek bonar dengan pintu masuk.
terus kami berdua angkat tangan bersyukur.
ALHAMDULILLAH.
zassss moh kita ke chilis yer.




sesampai di chilis, tempat kat dlm penuh.
takper, kita layan jer tempat kat luar.
kaktin nak makan fajitas jer pun.
so, kasi order fajitas trio.
me air esprit, maya mango juice.


:: esprit perisa raspberry ::



:: uuuiii sedap lapar ::


adik waitress kata 20min.
aiyooo takper, 2omin pun 20min la.
sambung sembang prot pret prot pret.
sesambil tgk jam. macam dah lebih 20min.
rasanya 30min camtu kot, baru food sampai.
takper, janji sampai sementelah kami berdua tak punya agenda lain.
apatah lagi la agenda mau menyoping.

time nak bayar, kaktin udah bajet dlm RM60++ gitu bilnya.
tetiba jeng jeng jeng....
apa!!!! adakah benar ini.



ya benar yg seperti kamu kalian nengok.
brp persen potongan pun kaktin tak pasti
yg pasti, adik waitress kata disc pasal food kami lambat.
oooo gitu ker???
so, rezeki jangan ditolak.
musuh jangan dicari.
dari nak bayar dgn kedit kad, terus ulor cash
sama itu waitress.
terjah big apple japs.
ada pesanan penaja.
dan terus pulang. sekian.

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


:: sempat grab 3 ketoi jer ::


Sunday, November 28, 2010

Lirik Lagu : Baik Baik Sayang - Wali

ishk ishk ishk.
tak boleh blah.
selain lagu Maher Zain - For The Rest of My Life,
kaktin skang menggila dgr lagu di atas.
again and again and again.
tak tau pasai apa.
kalah org bercinta oooiii...
hahaha layansszzz...

Lirik Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff....



:: eheh sengihnampakgigi ::


Friday, November 26, 2010

Plan Asal ke HAJRA, End Up di ARIANI


ini cerita hari rabu.
bertrio dgn kkwn opis ke jalan tar sana.
dil to pagal berkokok nak cari tudung.
dia mintak aku teman kan ke butik hajra.
katanya dia berkenan dgn one of mine yg dibeli aritu.

dengan berbekalkan amaran 'jgn lambat'
dari kak m'lah, kami pun memulakan operasi membelek
tudung di butik hajra.
korang taula kan kak m'lah tu sentiasa berselera gorgon
bila nak makan.
pasti meroyan, kalau kuar lunch tapi tak sempat makan.

sudahnya tiada hasil di hajra.
jom, gi ariani plak.
5 minit jerrrr...kata aku!


:: dil to pagal ::

melangkah jer masuk di ariani,
makkkkk ada offer up to 70%.
tudung pelangi plak tu.
oh no, mmg org mengantuk di sorongkan bantal la.
dil to pagal pun, memulakan operasi mencari.
katanya 5min. podaaaah....terus ilang ingatan.


:: pos pos ari khamis ::

dil to pagal dpt 4 helai, aku 3helai.
fuh, tarik napas lepas.
tarik lepas. taaarrrriiikkkk tahan jangan lepas. heh.
bes bes.
kak m'lah dah membebel.
pastilah dia melapar.
zassss ke insaf.
stret order, stret makan, stret pulang.
sudahnyer semua pakat semput.
sekian.



:: pos pos arini ::


Gembira Orang Belanja dan Dapat Free Thingy...yeayy

ari selasa lepas, bertrio bersama beradik tiri
mau lunch.
sopi, nak banjer satay.
sempena apa, idokla kaktin tanya.
makanya zasss ajala.




kita ke satay haji samuri medan mara yer.
on the way tu, asikla jumpa org rambut biru.
rupanya promosi syampu head n shoulder.
sapa lalu, sapa dpt habuan.
oleh kerana tempuh 3 crime scene,
so haruslah sorang 3 paket dpt.




elok jer dapat tempat duduk,
tetiba rasa tak best.
pasai rasa tempat tu tetengah jalan sangat.
lagian nak ujan, so kasi pindah.


:: now u see it... ::



:: ...now u don't ::


dapat meja bebetul bawah bumbung bilding MARA.
sekejapan yit order, sekejapan satay sampai.
bagus. cemerlang. servis tip top.
order satay ayam 10, satay daging 10.
satu nasi impit yg maha besar.
sopi thanks for da treat.
yit, thanks for accompanied.

balik opis, pakat menguyup.
aterrr gi situ jalan kaki, dan otw back ujan menggila.
seb baik, pakai baju kurung nipis.
makanya proses mengering sgt la pantas.



cerita free thingy belum abis.
ingat kot setel dpt syampu free jer,
rupanya tak.
smlm, kaktin shopping bbrp muka.
by l'oreal.
dpt uv protector melambak ko, SA tu kasi.
ngan syampu l'oreal jugak.
blum try pun syampunya.
nenanti la kasi try.
sapa nak ??? heh...

alamak baru tingat, kaktin utang citer teambuilding.
'kamal, sabar eh...aku dlm proses sambungan entry tu...hihhihi'

Monday, November 22, 2010

KakTin dapat Bilik Tajuk Burung

eh chop.
salah upload pic daaaa....
ini pic bilik bos kaktin.
bos kaktin yg baru pencen tu.
dia pun join gak teambuilding,
moral support la kan.
very da sporting!


:: king size bed ::



:: selesa gak kan ::




hahaha tajuk tak boleh blah.
yer, kaktin lupa nama bilik kaktin.
kalau tak salah kenari kot.
memandangkan geng pompuan tak ramai,
bilik yg sepatutnya didiami 4 org,
contohnya mcm bilik kaktin 3 org jer dok.
pompuan yg join teambuilding ada 10 org jer.
so, 2 bilik 3 org 1 bilik 4 org.


:: selesa ::



:: just nice ::



:: jamban pun cantik ::




:: en.ramzul bertanggungjawab memandu awal pada hari kejadian ::


dah setel merapikan diri, kami pun
pakat-pakat tunggu ketibaan yg lain.
umat pertama yg sampai, bermotorsikal.
en.omar. rempit laaa dia.
sekejapan jer tu, dari opis zasss sampai.



:: ajk teambuilding menyambut ketibaan ::

yang tak berapa bestnya,
water heater dia tak function daaa.
seb baik kaktin mmg tak jenis mandi air panas.
sejuk pun sejuk laaa...baloonnn.
grrrr beku mak!


Teambuilding : D'Ark Training n Resort, Janda Baik

kenapalah kaktin memalas nar nak updet blog ni.
adiktiri dah pun up entry pomot blogs kaktin,
tapi kaktin memalas caner???
sapa nak jawab???

oklah, kaktin try jerla taip ni.
kalau ikutkan entry teaser ni kat blog sana,
kaktin kan ada bersiap-siap.
kononnyerla nak kemana tah.
walaupuuunn nak gi teambuilding opis jer pun.
kat janda baik. heh.

so, pada hari kejadian kaktin gerak awal dari opis
dengan 2 org umat merangkap ajk teambuilding.
kami pegi awal nak set up kan tempat sebelum
staf lain sampai.
nak amik kunci tgk bilik segala.
sempat jugak, otw kami singgah kedai kek
beli kek for pn.MMT.



bila udah sampai tu, sesambil melawat kawasan
sesambil pos pos ler.
bukan sonang kaktin nak sampai ni.
kalau tak pasal official, rasanya takkan sampai kot.
sadissss.



tempatnya sangat mendamaikan.
bangunan-bangunan chalet ala-ala rumah kampung.
chaletnya pun not bad. cantik.
sempatla kami siap-siapkan diri sebelum rombongan bas sampai.




sesapa rasa nak try chalet ni,
leh la call no. tipon kat pic atas tu yer.
kalau dari KL tak jauh pun.
masuk hi-way karak sekejapan dah jumpa exit janda baik.
tapi jalan masuk nya agak mencabar la.
sempit dan berliku-liku.
kalau selisih tu pk namblas kali gak la. huhuhu.



:: pos pos wanita melayu pertama hahaha ::



tak tau nak ending entry ni.
nantikan entry seterusnya.
ketibaan.....