Thursday, December 20, 2012

Cuti Sekolah. Jom Balik Kuala Kedah :)

eceh tajuk entry cam pantun 2 kerat.
cerita dah berzaman, tapi dok la hold tak update-update.
bukan salah sesiapa pon, diri sendiri pon tak salah.
ok enuff. teruskan.

kami bertolak balik after zohor.
en.nahar kata, kita benti kejap-kejap ipoh - penang - kulim gitu.
tak kisah la bang, stereng di tanganmu ku ikutin aja.

sampai kat ipoh, kaktin ingat dia tau la halatuju.
fine, kedai basikal jumpa dan selamat la dia geledah kejap.
kaktin lam kete jer tunggu sesambil google hotel best.
(best la sangat, walhal gamble).
lepas pusing-pusing town still tak jumpa hotel yg berkenan.
makanya perjalanan diteruskan.
excited punya pasal, dinner lupa amik.

at first, takmo masuk penang seberang.
tah cemana tah, en.nahar de-tour gak panjat jambatan.
fine, oklah. sampai seberang emosi pulak.
pasai cari tempat makan tak jumpa.
kami ni dedua nya 'buta'.
yerla, bukan selalu jenjalan pon.
kalau balik kampung, terus balik kampung jer.
kaktin harap en.nahar, en.nahar harap kaktin.
ala takperla bang, pengalaman telah mendewasakan...mematangkan fikiran.
(sapa terror lagu sapa?)

tepat 930pm, kami mendarat di kawasan gerai makan near gurney plaza.
satey dan laksa nya tidak menguciwakan.
sedap. nasib baiklah kan.
kalau tak mau la naik hantoo, dah la lapau food tak sedap plak.
satey nya juicy, kuah satey terbaek.
jangan samakan dengan satey kajang yer no.
tak sama langsung. satey ni sedap dia lain.
takder di mana-mana gitu.
setel makan, emosi pulak cari hotel.
pusing-pusing town akhirnya kami mendarat di bayview hotel.
alhamdulillah. dapat melepaskan lelah.
bilik besar. selesa. yang penting ada kolam.
esok pepagi kami bedebush-debush lam kolam. yeayyyyyy!!!!

 :: sendat. pic pertama semasa memulakan perjalanan ::


 :: bilik yang selesa amat ::


 :: 3 jenis kolam. kanak-kanak, dewasa dan jakuzi ::




 :: enjoy sungguh depa ::


 :: bye-bye bayview! ::


:: bye-bye penang! ::

kaktin rugi sikit bilamana, lupa nak bgtau kaktin bnm staf.
kalau tak entitled korporat rate.
-RM30 gakla. sobs. takper kita try next hotel lak :p
turun jambatan pulau pinang, kami menghala ke BKE mau ke kulim.
zasssss.....


Wednesday, December 12, 2012

AFF Suzuki 2012 : Singapore vs Phillipines [Result]

Singapore [1] vs Phillipines [0].
Singapore akan ke final.
Tahniah.
Kita nantikan pulak perlawanan antara Thailand vs Malaysia esok.
huhuhuhu Good Luck, Harimau Malaya. Auuummmm.

Blackberry Torch 9800 [white] - to let go (murah-murah)


sapa rasa teringin boleh pm kaktin.
tak kesah via fb/whatsapp/sms/e-mail
whichever u can.
kalau nak lah. especially tang nak tanya rega 
serious buyer sajer :D





Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

12 Items = RM1212. Hah!


ada org tinggalkan komen, link ke fb cuffz di ENTRY INI.
actually kaktin ada received email dah pasal offer ni.
mmg mcm menarik. tapiiiiiiiii.....hmmmmmm :(

kot ada sesapa nak share dengan kaktin tak?
beli shirt ker, cufflink ker, apa-apa ker janji tajuk cuffz.
kalau ada, bagitau. hiks.
(cas cas ramai reader kau kaktin kan). wakakakaka.


Monday, December 3, 2012

2 benda ni tetiba ada dlm esbokku

Ya sepanjang aku hidup berumahtangga ni, 
rasanya ni baru kali ke 3 or 4 aku beli belacan.
Hiks. Ya. Aku rasa belacan is basic thing yg perlu ada di dapur2 
rakyat malaysia tak kira kau melayu ke cindian 
(terus combine cina n india tanpa motif yg nyata).
Tak kisahlah. Kita 1Malaysia maaa.

Kenapa tetiba aku beli belacan?
Pasai weekend lepas mak n ayah dtg.
Pastu depa nak lunch kat rumah kaktin.
So menu sempoi yg singgah di pala otakku is 
siakap sweet n sour jua air asam tomato.
Of kos air asam kena ada belacan wei, 
kalau tak ibarat ko minum kopi tanpa kopi. 
Hanya air panas semata.
Abaikan perumpamaan ke laut ku itu.

Selain menu tersebut, 
benda kedua yg tetiba ada dlm esbok kaktin is ikan pekasam.
Yes ikan pekasam sepat to be exact.
Korang tau tak ikan pekasam?
Hoih sedap kot ikan pekasam digoreng garing 
kemudian diserikan dengan bawang besar digoreng garing juga.
Kalau jau tak bertambah nasi tu, ko kena cek kerakyatan kau. Heh.
Yang boleh tetiba terjebak beli pekasam ni 
pasal ada member kaktin pesan bila dia nmpk kaktin check-in balik kampung.
Of koslah pekasam pekan rabu. Terbaeekk!!!

:: siakap sweet n sour, kembung bakar n pekasam dalam timbunan bawang goreng ::


Published with Blogger-droid v2.0.9