Thursday, December 20, 2012

Cuti Sekolah. Jom Balik Kuala Kedah :)

eceh tajuk entry cam pantun 2 kerat.
cerita dah berzaman, tapi dok la hold tak update-update.
bukan salah sesiapa pon, diri sendiri pon tak salah.
ok enuff. teruskan.

kami bertolak balik after zohor.
en.nahar kata, kita benti kejap-kejap ipoh - penang - kulim gitu.
tak kisah la bang, stereng di tanganmu ku ikutin aja.

sampai kat ipoh, kaktin ingat dia tau la halatuju.
fine, kedai basikal jumpa dan selamat la dia geledah kejap.
kaktin lam kete jer tunggu sesambil google hotel best.
(best la sangat, walhal gamble).
lepas pusing-pusing town still tak jumpa hotel yg berkenan.
makanya perjalanan diteruskan.
excited punya pasal, dinner lupa amik.

at first, takmo masuk penang seberang.
tah cemana tah, en.nahar de-tour gak panjat jambatan.
fine, oklah. sampai seberang emosi pulak.
pasai cari tempat makan tak jumpa.
kami ni dedua nya 'buta'.
yerla, bukan selalu jenjalan pon.
kalau balik kampung, terus balik kampung jer.
kaktin harap en.nahar, en.nahar harap kaktin.
ala takperla bang, pengalaman telah mendewasakan...mematangkan fikiran.
(sapa terror lagu sapa?)

tepat 930pm, kami mendarat di kawasan gerai makan near gurney plaza.
satey dan laksa nya tidak menguciwakan.
sedap. nasib baiklah kan.
kalau tak mau la naik hantoo, dah la lapau food tak sedap plak.
satey nya juicy, kuah satey terbaek.
jangan samakan dengan satey kajang yer no.
tak sama langsung. satey ni sedap dia lain.
takder di mana-mana gitu.
setel makan, emosi pulak cari hotel.
pusing-pusing town akhirnya kami mendarat di bayview hotel.
alhamdulillah. dapat melepaskan lelah.
bilik besar. selesa. yang penting ada kolam.
esok pepagi kami bedebush-debush lam kolam. yeayyyyyy!!!!

 :: sendat. pic pertama semasa memulakan perjalanan ::


 :: bilik yang selesa amat ::


 :: 3 jenis kolam. kanak-kanak, dewasa dan jakuzi ::




 :: enjoy sungguh depa ::


 :: bye-bye bayview! ::


:: bye-bye penang! ::

kaktin rugi sikit bilamana, lupa nak bgtau kaktin bnm staf.
kalau tak entitled korporat rate.
-RM30 gakla. sobs. takper kita try next hotel lak :p
turun jambatan pulau pinang, kami menghala ke BKE mau ke kulim.
zasssss.....


Wednesday, December 12, 2012

AFF Suzuki 2012 : Singapore vs Phillipines [Result]

Singapore [1] vs Phillipines [0].
Singapore akan ke final.
Tahniah.
Kita nantikan pulak perlawanan antara Thailand vs Malaysia esok.
huhuhuhu Good Luck, Harimau Malaya. Auuummmm.

Blackberry Torch 9800 [white] - to let go (murah-murah)


sapa rasa teringin boleh pm kaktin.
tak kesah via fb/whatsapp/sms/e-mail
whichever u can.
kalau nak lah. especially tang nak tanya rega 
serious buyer sajer :D





Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

12 Items = RM1212. Hah!


ada org tinggalkan komen, link ke fb cuffz di ENTRY INI.
actually kaktin ada received email dah pasal offer ni.
mmg mcm menarik. tapiiiiiiiii.....hmmmmmm :(

kot ada sesapa nak share dengan kaktin tak?
beli shirt ker, cufflink ker, apa-apa ker janji tajuk cuffz.
kalau ada, bagitau. hiks.
(cas cas ramai reader kau kaktin kan). wakakakaka.


Monday, December 3, 2012

2 benda ni tetiba ada dlm esbokku

Ya sepanjang aku hidup berumahtangga ni, 
rasanya ni baru kali ke 3 or 4 aku beli belacan.
Hiks. Ya. Aku rasa belacan is basic thing yg perlu ada di dapur2 
rakyat malaysia tak kira kau melayu ke cindian 
(terus combine cina n india tanpa motif yg nyata).
Tak kisahlah. Kita 1Malaysia maaa.

Kenapa tetiba aku beli belacan?
Pasai weekend lepas mak n ayah dtg.
Pastu depa nak lunch kat rumah kaktin.
So menu sempoi yg singgah di pala otakku is 
siakap sweet n sour jua air asam tomato.
Of kos air asam kena ada belacan wei, 
kalau tak ibarat ko minum kopi tanpa kopi. 
Hanya air panas semata.
Abaikan perumpamaan ke laut ku itu.

Selain menu tersebut, 
benda kedua yg tetiba ada dlm esbok kaktin is ikan pekasam.
Yes ikan pekasam sepat to be exact.
Korang tau tak ikan pekasam?
Hoih sedap kot ikan pekasam digoreng garing 
kemudian diserikan dengan bawang besar digoreng garing juga.
Kalau jau tak bertambah nasi tu, ko kena cek kerakyatan kau. Heh.
Yang boleh tetiba terjebak beli pekasam ni 
pasal ada member kaktin pesan bila dia nmpk kaktin check-in balik kampung.
Of koslah pekasam pekan rabu. Terbaeekk!!!

:: siakap sweet n sour, kembung bakar n pekasam dalam timbunan bawang goreng ::


Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 19, 2012

Kalau Izzah muntah2, pening time dtg bulan, aku plak?

...akan naik tompok2 kat kawasn hidung.
Yes. Kawasan hidung saja.
Harini ada 3 org tego hidung aku ni.
Jejari sama gatai suka ghunaih.
Hu3...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 18, 2012

Wanita Mata Duitan

Masih mode menciwi.
Heeeee....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

MC ketiga tahun ini

arini diriku bercuti sakit.
muscle pain. smlm kat opis jalan dah serupa robot.
sakit sebelah kiri leher n bahu.
takleh simply toleh kepala, kena pusing sebadan.
ramai jer yg perasan, nak tak nak kenala bagitau.
dalam ramai-ramai yg tahu tu, semua pon hulurkan bantuan.
mak sangat terharu nak.

memula sekali kakyaz. dia bagi aku ketotop.
pi bilik air, kasi tampal.
sepagi membizi dgn keje.
keje penting yg mmg perlu disiapkan on that day gak.
minta tolong maya amikkan ubat di klinik hq.
kendian dia paskan ubat tu sama kaksiti.
lalu sampai ke tanganku. tq sopi!

pastu, lepas lunch kak aishah plak bagi salonpas dan tolong lekatkan.
dan juga dia sudah gosok+urut sikit di tempat sakit dengan minyak pala.
panas. sedap. ok for few hours.
lewat petang, terdengar suara shelly.
terus sametime dia minta tolong.
pasal aritu dia ada offer muscle relexant ke apa tah.
rupanya pil tu takleh amik sebarangan. mengantuk.
dia datang bawak balm cap himalaya plak.
best dia urut. dan balm tu pon ala-ala wangi.
sedang elok la bertahan tagha nak drive balik rumah.
tq semorang!

otw balik, singgah klinik.
doctor cek-cek katanya salah urat.
dan dia pesan, takleh drive bahaya.
nak tengok kiri kanan. lalu dia kasi rehat 1-hari.




balik lepas mandi segalamala.
terus makan ubat yg dibekalkan.
4 jenis semuanya. semua pon kena consume 2-2 biji.
so total 8 biji semua ku telan.
terus high. terus tido.

bangun pagi terasa badan mcm ringan.
penangan ubat smlm la kot.
lepas breakfast n did some chores,
sekitar jam 10am ku tidur lagi.
anak-anak ibu cutikan. tangteng jer anto ke neseri.
kakak-kakak dok rumah, ngadap ipad. heaven la depa.
pastu, ingat nak soh ngadap ipad jer.
ibu gegar soh lipat baju and sidai baju. hiks.
syabbasss mere beti!

p/s : kalau EL ker, MC ker balik opis esok-esoknya apply. jangan tak apply. tak barakah nanti. paham?


Monday, November 5, 2012

RAOUL vs CUFFZ

boleh dikatakan, kaktin ni peminat shirt jugak.
sometimes, bila rasa malas nak iron baju kurung shirt with slack adalah sangat membantu.
ikutkan iron shirt lagi leceh dari iron baju kurung.
iron mesti mau neat. tertib lendit org kedah kata.
kalau boleh size tu tajam sampai boleh melukakan. gitu. propa.
cumanya bila pakai shirt n slack, lebih sempoi kot.

last week, kaktin terjah gardens. sorang-sorang.
mau usha raoul.
oh, raoul ni sejenis tajuk baju. ada gak la dia jual kasut, beg etc.
sejenis brand la senang citer.
karang ingat nama org plak. tak pepasal speku lagi.

dah sampai tu, pusing-pusing cari takder. aik. pelik.
so, kaktin pi la dekat directory. tekan-tekan cari sah, dah takder. sobs.
dah kena ganti dengan butik lain. kalau tak salah butik tu bertajuk camper? wareva.
so, pasni kalau nak cari raoul kena pi oneU, klcc or pavi jerlah. jauh tu. hu3.

pencarian shirt tidak berakhir di situ.
kali ni, journey diteruskan di BSC.
di butik CUFFZ.
yes! ada offer buy any 2 items free 1 item.
tak kisah. baju ker, cufflink ker apa ker.
macam kan butik tu ada juai esbok pon selain baju n cufflink. hiks.

2 lai baju + sepasang cufflink.
dan RM50 cash voucher. best best.


2-2 tajuk ini pada pendapatan kaktin yg tak seberapa ni,
2-2 pon best. cumanya RAOUL agak overpriced.
tapi, as long as material n worksmanshipnya bagus ok jer.
untuk rekod, ku ada 5 lai raoul, and 4 lai cuffz and a few from belle, voir etc.

same goes to CUFFZ. so far, semua pon menepati citarasa.
makanya i do have a choice there. takder RAOUL, CUFFZ pon sokay :)



:: cuffz, raoul - raoul cuffz ::




:: my second pair in the collection :) ::

sesekali ber shirt n ber cufflink macam best.
kena kumpul cufflink plak la pasni. hiks.



Sunday, November 4, 2012

Janji Di Cheese Naankan

petang ahad. en.nahar keje.
lepak santai jer kat rumah sampai la petang.
tetiba keinginan terhadap cheese naan membuak-buak.
ini angkara singgah ali maju semalam, tapi belum bukak kedai naan.
katanya, segala naan hanya ada sekitar jam 3pm.

fine! petang ni kasi gegar en.nahar belikan otw dia balik keje.
oh, suami saya keje di hari ahad.
suami korang ado?
sobsss...pasghah.

sayang isteri punya pasal, dia pon menapau
2 biji cheese naan yg besar dan lazat bersama ayam tandoori.
OMG! sedap sungguh.



untuk rekod, ini adalah kali pertama ku mencuba cheese naan.
biasa makan naan + ayam tandoori jer.
kali ni kasi try cheese naan plak. non-stop ku makan.
sesekali gigit timun, sesekali kunyah bawang.
cicah kuah hijau, cicah kuah dhal.
lazeez...lazeez. oh ya, jangan lupa limau diperah atas ayam.
pergh! terdampar...
Alhamdulillah.

trivia : apa nama saintifik kuah hijau itu?


Protected Entry : Kau Ingat, Ada Orang Kesah ker Masa Silam Kau?

Tuesday, September 18, 2012

iOS vs Android = sapa best?

kaktin tetap pilih iOS terbaek.
kaktin ckp bukan ckp-ckp kosong yer,
kajian telah membuktikan.
yer. kaktin buat kajian sendiri. chewwahh.

alkisah, last friday dept kaktin buat testing.
terkena plak hari tu ada open house bnm.
kaktin hangkut anak-anak bersama ipad mereka.
mereka dijangka bersama kaktin dari pagi ke petang.
makanya, ipad adalah bagus bagi meng'divert' keboringan.
boleh jer, kalau kaktin nak antar diorg rite after makan-makan.
tapi kaktin malas. heh.

berbalik pada cerita testing tadi.
testing wi-fi di audi sasana untuk big event.
iaitu global islamic finance forum yg bakal berlangsung di SK dari 18 - 20 sept. ini.

semua staf dept kaktin dikehendaki membawa segala notebook/tablet/smartphone
seberapa banyak yang boleh kerana, disamping menguji kestabilan wifi,
testing ini juga nk menguji keupayaan memuat-turun dokumen secara serentak.

 :: K.A.M.I @Auditorium, Sasana Kijang, BNM ::

ipad anak2 ada 3 ketul, kaktin seketul galaxy tab.
bila upacara meng'connect' wi-fi semua takder masalah,
tapi bila upacara memuat-turun dokumen secara serentak,
ke3-3 ipad kaktin zasssss kuar rupaparas dokumen itu yg dalam format .pdf.
tetapi, tab kaktin menyiput sedut dut dut mengdownload.
bukan kaktin jer, bila pegawai in-charge tanya sapa yg belum berjaya download,
sila angkat tangan. kesemua yg menghadapi keperlahanan memuat-turun rata-rata
adalah pemilik gadget yg berplatformkan android.
ya, jadinya kepada sesiapa yang mahu berkira-kira membeli/menukar smartphone/tablet
boleh considerkan iOS sebagai pilihan nombor satu.
amboi, entry promote kemain macamkan nak dapat iPhone 5.
iPhone 5 come to ibu. come...come..... ;p

website rasmi GIFF 2012 : sila klik SINI
iPhone 5.


Tuesday, August 28, 2012

Baby Boy Lann A to Z


 

tahniah bro lann and wife, ain.
rezeki syawal dapat boy.
good luck and take care both of u n baby :)

Monday, July 23, 2012

Ishk. Tak Gamak Aih

yer. mmg kartun jer pon.
tapi tetapppp iueww iuewww.
baiklah posa ja, kalau sampai
nak makan lam jamban.
public toilet plak tuh.
iuuewww!

Thursday, July 12, 2012

Tompok-tompok Tahi Unta huhuhu

ada member kata kaktin kena radang kulit.
apa yang kaktin perasan, setiap kali nak period mesti akan jd ceni.
pada mulanya dia mcm nk jd jerawat.
tapi sebelum ia matang kaktin dah ghunaih2 dia.
sampai melecet n ended up berparut hitam begitu.
sadis. any product yang efektif membuang or 
mengurangkan parut di muka, pls?


Wednesday, July 11, 2012

Kegilaan Apakah Ini?

soft cookie, tapi rangup.
tak paham. as long as boleh ngap
kita ngap jer lerrrrr...

soft cookie choc chunk by famous amos sogo :)

Thursday, July 5, 2012

Menu EURO 2012 Final

frankly sepanjang euro 2012,
kaktin takdo pon berjaga malam.
cumanya masa final jer.
mak kaktin pon ado kami berjaga jugakla.

en.nahar request buat telur hancur + baked beans.
makan dengan roti gardenia. nyumsss.
sudahnya italy kalah 4 - 0 di tangan spain.
yer kaktin sokong spain. dan dan ;p

Saturday, June 23, 2012

Malaysia vs Korea

wahai rakyat malaysia.
jangan lupa, petang ni.
sempena kelayakan piala afc u-22 2013.
malaysia menentang korea.
ada live di astro arena pukul 4.30pm.
layanssss doakan kejayaan milik kita ;)

Saturday, June 2, 2012

Diari Hati 2 - Lann A to Z


Alhamdulillah album Diari Hati sebelum ni telah mencapai sasaran jualan melebihi 2000 keping (Hanya menggunakan facebook). Terkini .. LaNn A To Z telah bersiap sedia muncul dengan Album Diari Hati-2 yang akan memuatkan 10 lagu terbaru. Tempahan jugak sudah boleh dibuat mulai hari ini (22/05/2012). Yang berminat nak beli .. Mcm biasalah yerrr, inbox je .. Nnti saya reply. Tq, layannzzz, peace!!! Tajuk2 Lagu : PENJARA DUNIA, ADAM DAN HAWA, KALAM TUHAN (Duet bersama Sani Feelheart), TAK BAIK PERANG-PERANG, TAWAKKAL, KUPU-KUPU MALAM, SAHABAT SEJATI, PELUANG KEDUA (Akoustik), KHABAR DARI PUSARA, MARI MEMBACA, PELUANG KEDUA (minus one)

ehem mari mari. sapa nak album eksklusif encik lann kita (Lann A to Z) silalah tampil membeli album baru beliau ini. diari hati 2. dulu kaktin dah penah beli album diari hati. mmg terbaiklah. layansszzz.....

nak tau lebih lanjut untuk mendapatkan album ni, boleh like fanpage beliau  Lann A to Z yer.

#okbai.

 

Tuesday, April 17, 2012

Lirik Lagu Anak Kampung - Jimmy Palikat

:: finalis rajalawak 2012 Shiro, Cuit, Zero n 2yol ::

Anak Kampung (Versi Melayu) - Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna


lagu ni mcm sedang menjadi siulan plak.
masa kumpulan zero rajalawak perform dulu,
aku ngan en.nahar syak tu lagu diorg sendiri.
kami mmg enjoy dgr lagu ni tergelak-gelak.
mmg la kena gelak, pasal ko tgk rajalawak. so lawak.
especially masa diorg perform as kumpulan KRU.
yg jadi YUSRY tu giler aarrrhhh. hahahaha.

rupa-rupanya lagu ni lagu jimmy palikat.
serius tak kenai. org sabah.
aku ingat lagu indon.
so apa-apa jerlah.
sapa nak dgr lagu ni gimana. pi youtube pi.

Sunday, April 15, 2012

Ahah!

syukur!
syukur!
syukur ya Allah!

seb baik, pc kat umah save a few options
of my emails n password.
so, kasi try n error kemungkinan this n that
emails are belong to this blog.
and yes! it matched.
yerla, bukan emails kaktin jer kat pc ni.
ada email en.nahar, email sarah n aaliyah jua.
so sudah konpius.
harus save dalam henpon skang.
zasssssss so that tak ilang lagi di kendian hari.
eh, tapikan pw dia mcm tak ingat jer apa?
huhuhuhuhu katapon auto-save pw. apo-apo jerlah!

Wednesday, February 29, 2012

International Friendly : Azkals (Filipina) vs Harimau Malaya (Malaysia) - Live Streaming

KLIK SINI

EDITED : Keputusan FIL 1 - MAS 1
gol filipina dijaringkan oleh wolf pada min 36.
manakala gol malaysia dijaringkan oleh shakir ali pada min 90.

Monday, February 13, 2012

Happy Valentines Day?

dah jatuh hukum haram.
yeap haram kalau sambut hari di atas.
dah lama kot, rasanya dari kaktin sekolah-sekolah
lagi dah diterapkan HARAM sambut.
so, memang tarikh 14 Feb tetiap tahun adalah tarikh
biasa jer for me.

tadi, tetiba one of my office mate tetiba menjerit.
'ooo esok 14hb'
kaktin tanya 'so?'
dia jawab 'takderlah hari suami-isteri'.
'alaaa hari-hari pon hari suami-isteri, perlu ker tggu 14hb baru
nak ber hari suami-isteri bagai'

tersengih-sengih member kaktin tu.
mmg kena terap selalu, peringat, inform bahawasanya
hari tersebut sangat tidak elok untuk diingati, apatah
lagilah untuk di sambut.
kaktin puji kepada kkwn yg keep on posted pasai
ke HARAM an hari ini.
good job friends :)
keep it up.
jom tekan button share kat FB jom.
zasssss.....

Sunday, February 12, 2012

Raja Lawak 6 : Gman Tersingkir

tadi tengok ulangan RL6 dengan en.nahar.
minggu ni, kumpulan gman tersingkir.
rasanya dah 6 musim raja lawak,
ada la jugak improvementnya.
tambahan pulak depa-depa ni diberi sifu untuk kasi tunjuk ajar.

aku ada cakap ngan en.nahar,
kalau ada undi masuk nanti-nanti,
tak mustahil gman boleh masuk balik.
ada potensi grup ni.
aku suka karakter yg tinggi, putih tu.
sesekali aku tgk macam jim carrey pon ado.
pada pandangan mata aku la.
korang aku tak tau.
#okbai.

Liga Super : Kedah vs Sabah

semalam kaktin tengok live bola.
tengok live kat tv jerla pon.
main di stadium darulaman.

tapi sedeyyy, kedah tetap jua tak menang
di laman sendiri.
jenuh ooo tunggu. sobsss...
main dah bagus dah.
tapi penyudah tu, kena gilap lagi la bro.
tak payahla nak fokus dekat player import sgt.
depa pon manusia jugak.
tak terror mana n tak tegha mana pon.
anak watan kedah pon hebat-hebat per.
apa guna baddrol, apa guna muhymeen, faizal abu bakar dsb.
star semua tu.

c'mon lah! jangan hampakan peminat setia hijau kuning.
yang sanggup ke mana-mana bagi menyokong pasukan
kesayangan mereka ini.
go KEDAH go!

kedah dan sabah berkesudahan seri 2-2.
papai!