Sunday, December 26, 2010

MAS vs INA : Piala Suzuki AFF 2010 - First Leg

keputusan perlawanan di atas :-

MAS 3 : INA 0.

Syabas Malaysia.
boleh la dikatakan maruah kita sudah ditebus.
walaupun terjadi insiden² di mana
penjaga gol indon yg propah si markus
tidak berpuas ati bila dirinya di suluh² oleh
cahaya hijau laser sehingga permainan terpaksa
dihentikan kurang lebih 5min.
lepas jer dari insiden tu, terus harimau malaya mengaum
auuummmm....

gol-gol malaysia dijaringkan oleh safee sali (2 gol) dan ashari.
kita nantikan pula second leg di jakarta nanti yer.
go malaysia go!

Saturday, December 18, 2010

Tahniah Malaysia. Terima Kasih Khairul Fahmi.


dengan berakhirnya perlawanan second leg MAS vs VIE tadi,
maka dengan ini Malaysia berjaya melangkah ke final
untuk merebut Piala AFF Suzuki 2010.

walaupun seri 0 - 0 pada perlawanan tadi,
pujian harus diberikan kepada penjaga gol Malaysia,
Khairul Fahmi Che Mat.
dia memang hebat la! itu jer yg kaktin leh kata.
rasanya dia jer diuji tadi, gollie vietnam dok diam jer.
ishk ishk ishk....heh.

kaktin mengharap sebiji gol dpt disumbat di akhir minit.
tapi takdosedih. walhal vietnam bermain dengan 10 org.
sorang pemainnya kena kuar padang due to kompol 2 kad kuning.
harap-harap masa main final sok, Malaysia akan improve
in term of passing bola bagi lekat kat kaki dan
kawalan bola semasa berada di dalam kotak penalti pihak lawan.
chewaaahhh dah feel² shebby dah kaktin nih. hikssengihnampakgigi .
apa pun...Chaiyok! Chaiyok!

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Separuh Akhir Pertama MAS vs VIE

tahniah malaysia kerana berjaya menewaskan vietnam
dalam perlawanan separuh akhir pertama di bukit jalil
piala aff suzuki 2010 dengan kedudukan 2 - 0.

gol² malaysia dijaringkan oleh safee sali dalam minit ke-62 dan 79.
pujian harus diberikan kepada pemain² malaysia
dengan aksi² yang menarik.

nantikan perlawanan separuh akhir kedua di vietnam pada 18hb nanti.
TAHNIAH dan GOOD LUCK MALAYSIA.
semoga kita boleh masuk FINAL!

blogger-emoticon.blogspot.com

Maafkan Ibu :(


ini jer yg mampu ibu masak untuk kalian malam ni.
ibu tak boleh fokus.
blogger-emoticon.blogspot.com
mainan jiwa dan perasaan.
adakah Malaysia mampu mengatasi Vietnam?
huhuhu sama-samalah kita tengok perlawanan
separuh akhir pertama piala AFF 2010
antara MAS vs VIE pada malam ni yersengihnampakgigi.

Sunday, December 12, 2010

Siapa Ramzul?

hah siapa ramzul?
tula, memula aku pun tak pasti.
siapakah ramzul yg hebat diperkatakan semasa
pertandingan akhir bolasepak piala emas raja-raja smlm.
boleh dikatakan setiap ayat pengulas, pasti terselit nama beliau.
oooo rupanya beliau striker pasukan Kelantan.

makanya kaktin pun gigih la nak tengok rupaparas dia.
oooo patutla. hensemsengihnampakgigi.
tapi memang bingit gakla tinger.
kenapa eh, asal star jer mesti hensem?
ok berbalik pada siapa ramzul nih.
asik asik ramzul. asik asik ramzul.
masakelahnya, kot yer star naper tak sumbat gol
pun sehinggalah beliau dikeluarkan pada
minit berapa tah tak ingat.
tupun, pengulas masih memetik² nama beliau.
boleh tak, lengkali pengulas be fair to everybody.
petikla nama pemain yang lain sama.
sentappp ooo kalau diorg tau nama diorg tak disebut.
walhal main sama-sama penat. *ok emosi*

keputusan perlawanan Kelantan vs Kedah =
4 - 3 alaa tendangan penalti pun.
takderla gah nar. hahaha kaktin sakit ati senarnya.
90min pertama seri 0 - 0, tambahan masa 30min pun
masih 0 - 0. Kedah kalau sepak penalti memang BALAQ!
huhuhuhu....



:: muhammad ramzul zahini adenan ::
*ehsan dari fb beliau kenyit*


Tuesday, December 7, 2010

Tahniah Malaysia. Terima Kasih Indonesia.

Piala AFF 2010, menyaksikan tadi Malaysia membelasah Laos dengan kedudukan 5 -1.
gol-gol Malaysia dijaringkan oleh antaranya Norshahrul Idlan dan juga Amirulhadi.
gol terakhir Malaysia merupakan gol sendiri yg dijaringkan oleh pemain Laos.

dengan berakhirnya pertemuan tadi, makanya Malaysia layak ke separuh akhir,
memandangkan Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1.
Tahniah Malaysia. Terima Kasih Indonesia kenyit .

Saturday, December 4, 2010

NGANGKUNG : Terbaeekkklah!




:: i like sam! ::

Alhamdulillah.
memang tak sesiala kaktin.
membuat pilihan menonton filem Ngangkung nih.
mula tu, mmg mcm ketakotan gakla takut filem ni
pun tehapa mcm jangan pandang belakang congkak 2.
tapi, bila menontonnya KELLESSSS!

balik opis, lepak-lepak sat
sesambil kemas² apa patut.
tepat kul 8pm zassss kuar umah.
fatihah tinggai sama en.nahar.
5min dah sampai pyramid.
parking pun tak susah terus masuk.

terus tuju kaunter tiket.
tiket dah book n bayar pun online so sonang keje.
amik tiket pehtu terus gi makan kat burger king.
wonder why naper burger king dah tak sesedap dulu.
dahla dah takleh refill soft drink, cili sos dia pun dah out.
dulu, cili sos dia la antara faktor aku jejak burger king.
errrmmm.....



:: muka tak puas ati, sos tak sedapbusuk ::


setel makan jenjalan japs.
nak dekat krismas kan, harusla rata-rata pun deco krismas.


:: smilesengihnampakgigi ::




yg penting singgah machines.
test iPad. uuiii aaaiii i like!
tapi achudida sudah racun,
katanya dari beli iPad baiklah beli laptop.
alahai achu, hang tak tau ke orgasma an iPad itu.
takpa takpa, kita tggu.
if bonus taun ni menjadi, mak mesti up satu itu iPad.


:: nak cangkung, bukan ngangkung ::


dan, masanya pun tiba.
pas beli popcorn lebih kurang dpt la masuk panggung.
iklan pun kejap jer. syabbass pihak pengurusan tgv pyramid.


:: sarah aaliyah share seat, jimatkenyit ::

kelakar wei citer ngangkung.
every scene kalau tak kelakar, pasti ada pengajaran.
yg penting shaheizy sam mmg akan kekal sbg pelakon terbaik
lelaki di hati kaktin. i love u sam!
selain watak sam, watak si tasnim (azad jasmin) dan wan (angah rajalawak)
pun mmg kelakar.
every scene kelakar mmg fresh.
lan petpet, azli, eira syazira semua pun best!
syabas kepada pengarah ngangkung.

abis nonton sekitar jam 11malam.
nasib baik ramai lagi makhluk merata-rata.
seram la plak. huhuhu.
kaktin akhiri malam itu dengan merempit
bersama dua biji keta di atas npe.
satu skyline satu waja bikin.
tapi of course la kaktin tak lepas pun. hahahaha.
sekian.

Maksud Ngangkung mengikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ia bermakna duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja. ----> sumber murai.com.my