Tuesday, September 18, 2012

iOS vs Android = sapa best?

kaktin tetap pilih iOS terbaek.
kaktin ckp bukan ckp-ckp kosong yer,
kajian telah membuktikan.
yer. kaktin buat kajian sendiri. chewwahh.

alkisah, last friday dept kaktin buat testing.
terkena plak hari tu ada open house bnm.
kaktin hangkut anak-anak bersama ipad mereka.
mereka dijangka bersama kaktin dari pagi ke petang.
makanya, ipad adalah bagus bagi meng'divert' keboringan.
boleh jer, kalau kaktin nak antar diorg rite after makan-makan.
tapi kaktin malas. heh.

berbalik pada cerita testing tadi.
testing wi-fi di audi sasana untuk big event.
iaitu global islamic finance forum yg bakal berlangsung di SK dari 18 - 20 sept. ini.

semua staf dept kaktin dikehendaki membawa segala notebook/tablet/smartphone
seberapa banyak yang boleh kerana, disamping menguji kestabilan wifi,
testing ini juga nk menguji keupayaan memuat-turun dokumen secara serentak.

 :: K.A.M.I @Auditorium, Sasana Kijang, BNM ::

ipad anak2 ada 3 ketul, kaktin seketul galaxy tab.
bila upacara meng'connect' wi-fi semua takder masalah,
tapi bila upacara memuat-turun dokumen secara serentak,
ke3-3 ipad kaktin zasssss kuar rupaparas dokumen itu yg dalam format .pdf.
tetapi, tab kaktin menyiput sedut dut dut mengdownload.
bukan kaktin jer, bila pegawai in-charge tanya sapa yg belum berjaya download,
sila angkat tangan. kesemua yg menghadapi keperlahanan memuat-turun rata-rata
adalah pemilik gadget yg berplatformkan android.
ya, jadinya kepada sesiapa yang mahu berkira-kira membeli/menukar smartphone/tablet
boleh considerkan iOS sebagai pilihan nombor satu.
amboi, entry promote kemain macamkan nak dapat iPhone 5.
iPhone 5 come to ibu. come...come..... ;p

website rasmi GIFF 2012 : sila klik SINI
iPhone 5.


No comments: