Thursday, November 11, 2010

Gadget 'Baru' KakTin



alaaaa aku tau, ramai nak tau menatang gadget 'baru' aku tu kan.
kehkehkeh...feel2 artis la plak kau.
motipppp????
yer yer mohla kita jamu mata jom.
dah tak koser nak ghosia-ghosia.

yer bener.
ianya ialah seketul netbook.
bertajuk DELL Inspiron Mini.
berwarna hijau lemonade gitu.

yer bener juga.
ia bukan model baru yer kkwn.
ia adalah hasil jualan dari seorg teman
sepejabat.
dan oleh kerana ia milik teman sepejabat jugakla,
ada lagi 2 org teman sepejabat lain yg begitu
menjeles dgn urusniaga ini.
harga yg ditawarkan boleh dikatakan separuh harga
dari harga sebenar setahun yg lalu.
kiranya off 50% gitula.
pada aku ok ok la kot.
dah confirm n try test dah pun pakai
guna wi-fi kat umah.
bayarnya belum. kata tuan punya
netbook, boleh wat easy installment.
yeayyyy!!!

skang kaktin sudah punya netbook.
walaupun ia bukan dari keturunan buah epal,
cuma kaler buah epal hijau jer.
namun begitu, rasa bersyukur rahmat,
bukan rahmat mega tetap menebal di dalam hati.
Alhamdulillah....



:: macam berjodoh beg n lappy ::
:: tingat entry ini ::








:: DELL inspiron mini ::



best..best....





Monday, November 8, 2010

Sape Nak Hadiah FREE dari PARIS ?

uuiiii sapo takmo.
pasti la mo.
kaktin di tag oleh putri_aizat.
ngenangkan nak bikin entry GA ni sonang.
kaktin zass jerla yer.



memula tepek banner seperti di atas.
tepek juga kat side-bar korang.
then jadi follower kat blog INI.
pehtu tag 3 org blogger lain.

achudida
achusiti
sone

hadiah berupa 5 souvenirs each,
yang akan diposkan direct dari PARIS oleh TUANPUNYABLOG.
uuiii bes bes.
so, apalagi jom join jom!


TIP Mengelakkan Bayi Tercekik Susu

tetengah belek kosmo, terpandang artikel ni.
terpanggil lak nak share kat sini.
since lately ni, ada jer kes bayi meninggal tercekik susu.
ada tu di pangkuan ayah sendiri.
sangat menyedihkan kan.

so, moh ler kaktin share sikit artikel
yang dipetik dari KOSMO, ruangan RencanaUtama
bertarikh 8 Nov 2010.

  • pilih puting botol susu yang mempunyai lubang yang sempit
  • tinggikan kepala bayi ketika menyusu
  • jangan biarkan bayi sendirian ketika tidur
  • keluarkan puting susu dari mulut bayi ketika dia sudah tidur
  • sendawakan bayi selepas menyusu dengan mengurut belakangnya.

Talian kecemasan : 999
Talian kecemasan ambulans PBSM : 03-4257 8112





:: selalu jer kot, kita sendal botol pehtu biarkan baby sendiri kan? ::
:: sangat mara-bahaya oooo ::



:: bantuan kecemasan kena tau juga ::



:: CPR for baby ::


jom jom belajar n praktikkan.
zasssss.....

JUBLI EMAS : Bunga Raya Bunga Kebangsaan


Agong lancar sambutan 50 tahun Bunga Raya Bunga Kebangsaan 2010/09/30

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin, hari ini berkenan melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini. Sempena sambutan itu, wang syiling khas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara serta lagu tema Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara turut dilancarkan.

Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Terdahulu, dalam ucapannya, Rais berkata, sambutan 50 tahun bunga raya sebagai bunga kebangsaan itu diharap dapat mendidik dan mendekatkan generasi muda terhadap satu daripada lambang kemegahan negara yang menjadi signifikan pemersatuan rakyat, inspirasi dalam membentuk identiti negara, kemuliaan dan kegemilangan negara. Beliau berkata, ia juga diharap dapat menyedarkan golongan tertentu supaya terus menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan. "Dewasa ini status dan kepentingan Bunga Raya semakin terpinggir. Malah ramai di kalangan generasi muda dan lama yang tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya sebagai bunga kebangsaan," katanya. Rais berkata, bagi menyemarakkan sambutan itu, kerajaan-kerajaan negeri juga akan meneruskan sambutan meraikan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di negeri masing-masing. Sebagai tanda penghargaan, beliau berkata, setiap negeri akan menerima cenderamata bahan-bahan promosi mengenai Bunga Raya, antaranya cakera padat lagu bunga raya, pin serta buku yang akan digunakan ketika sambutan di negeri berkenaan. Menyorot kembali sejarah terpilihnya Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, Rais berkata, ia diumumkan Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman pada 28 Julai 1960. Katanya, bunga itu dipilih kerana warna merahnya yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta simbol keberanian, manakala lima kelopaknya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi salah satu elemen perpaduan negara serta membentuk masyarakat yang adil dan saksama. "Ia juga digunakan sebagai lambang kemegahan negara dengan menjadikannya simbol pada logo-logo, lencana, bendera, setem, medal polis dan turut diterjemahkan dalam wang kertas dan syiling Malaysia," kata Rais. - BERNAMA

eceh, kekonon nak sahut seruan jubli emas ni la.
kaktin pos pos klip seperti dlm gambar.
berkebetulan plak, si ghaz kasi kaktin brooch
bunga raya silver yg melethop.
so boleh la di padankan dengan klip bunga raya berkenaan.



:: standard memoyo ::


:: cantik tak ? ::



:: apa eh org panggil ni, klip ker? ::



Sunday, November 7, 2010

Weee Hooo...PC KakTin dah Sihat

oleh sebab dah rasa kenot go jer ngan pc ni,
kaktin pun sepakat la dgn ini umat.
ini umat jua 'mamat gadget' heh.
sila bikin pc kaktin cecepat. huhuhu.

pepagi tadi dia sms kaktin katanya dia on his way.
kaktin pun siap-siap kuarkan cpu tu letak kat luar.
sesampai jer dia kat umah, terus bikin keje.



uuuuiiii dari pagi, membawa ke petang.
dok tggu scanner kasi clear kuman-kuman trojan.
aiyooo giler banyak oooiii kuman.
semua pun cap trojan.
hahaha kata dah lama antivirus kaktin xpired.
hiksss amek hobat.



sekitar jam 5.15pm segala urusan baik-pulih siap.
pakej dengan McAfee antivirus lagi.
tq...tq....

blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, November 6, 2010

PC KakTin Bermasakelah...haihhhh

lately ni, aktiviti blogging kaktin agak terganggu.
manataknya, elok jer dok belek² pic...
tiba² lupppp....blank...hitam....
pehtu naik skrin kaler biru.
aiyarrrkkk...dah bnyk kali dah jadi gini.
sapa terror, tolong kasi suggestion apa kaktin
perlu buat selain beli yg baru. heh.



:: after a few times off, on balik ok plak ::



blogger-emoticon.blogspot.com adeh.....


Dalam Pembikinan Blog Baru

sebenarnya, takderla problem sgt kat blog lama kaktin sana.
tapi, is just that kaktin dah membosan dgn font nya.
lagian kaktin rasa kalau pakai template blogger skang
sgt sgtlah convenient nak edit sana sini.
so kita kasi test la eh, ini blog.
amacam?